aku semakin membesar!

assalamualaikum, ya Allah lama gila tak post, serius bersawang ohhh, harini macam tetiba ada mood nak post something, dengan cuaca yang sejuk tak nampak matahari langsung, bilik mendung, nampak sangat kan mood nak menaip hewhewhew. Dannnnnnnnnn, untuk pengetahuan korang aku semakin dewasa, hah dewasa? ahahhahahaha, bukan dewasa mungkin matang siket, eh bukan, eh ntah la ape tahhh, aku pon tak tawu nak cakap camana, tapi memang aku rasa macam dah besar, sebab aku rasa kejap sangat aku kat matrik, tup tup aku dah amek bachelor, kuikuikui

so bila aku dah habes matrik kat banting tu, aku further lah study kat mana?? haaaaaaa, sangatlah jauh aku tercampak, aku study kat UUM (universiti utara malaysia), nun jauh kat sintok, jalan siket masuk siam, ahahahhaahhaha, ke jodoh aku kat sini??? eh!, aku dapat kos ijazah sarjana muda pentadbiran muamalat dengan kepujian, ha amek kau! nak sangat lari dari gelaran 'ustazah', tetiba dapat, hahahahaha

first time masuk sini memamg tak best langsung, nak tawu sebab apa? sebab ada orientasi dan aku sangat benci orientasi, penat! plus aku jauh dengan family, yelah aku ni mana nak biasa jejauh, sekolah dulu pun dekat gila ngan umah, matrik pon sama, and ni memang first time la aku jejauh dan PALING jauh berbanding adik-beradik aku yang lain. Perasaan time first time dapat tahu sambung study kat sini memang rasa macam nak meraung plus histeria je, punyelah tak suka sampai nak isi borang masuk uni pon takde mood.

bila dah sampai sini, aku dapat tawu roomate aku orang kedah, lagilah rasa macam 'eh budak ni best lah dapat selalu balik rumah' faham tak perasaan aku time tu, ahhaahhaha, dannnn majoriti kawan aku semua orang kedah, pehhhhhhh!!!!!! semua pakat ajak aku cakap kedah, bila diorang berbual aku asek, ha ape die? ape korang cakap ni? eh ape? aku tak faham, last2 diorang sampai translate lah jugak kat aku, bila aku try cakap kedah diorang cakap aku cakap siam, ahahahahhaha.

tapi sekarang dah sebulan aku kat sini dan aku dah boleh terima sikit aku belajar sini, best jugaklah sebenarnya, tapi rasa nak balik rumah tu memang menebal dalam diri ni, hari-hari dok ingat rumahhhhh je, :) so ni nak tunjuk siket kegembiraan aku selama sebulan kat sini, ahahhaha

















p/s: dah besar kan aku? ahahhahaa